Posts

Showing posts from November, 2020

Penggunaan Bahasa Rojak Dalam Media Sosial Merosakkan Bahasa Kebangsaan

Image
Punca Penggunaan Bahasa Rojak dalam Media Sosial Fenomena penggunaan Bahasa yang bercampur semakin berleluasa pada era yang serba moden ini. Percampuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan atau bahasa rojak telah menjadi satu kebiasaan. Penggunaan bahasa rojak ini sering digunakan oleh generasi Y dan Z terutamanya dalam media sosial. Hal ini memberi kesan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan Malaysia iaitu bahasa Melayu. Antara punca yang menyebabkan penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa adalah kerana; ·        Artis menggunakan bahasa rojak dalam media sosial yang menyebabkan remaja terpengaruh dan mengikut cara penggunaan bahasa tersebut. ·         Tidak mempunyai keyakinan semasa menuturkan bahasa Melayu serta merasakan penggunaan bahasa Inggeris adalah satu trend terkini. ·        Kurang semangat patriotisme dalam diri sehingga menyebabkan masyarakat mengagungkan bahasa lain selain bahasa Melayu. ·        Tidak mempraktikkan bahasa Melayu baku dalam kehidupan dan hanya