Penggunaan Bahasa Rojak Dalam Media Sosial Merosakkan Bahasa Kebangsaan
- Punca Penggunaan Bahasa Rojak dalam Media Sosial
Fenomena
penggunaan Bahasa yang bercampur semakin berleluasa pada era yang serba moden
ini. Percampuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan atau bahasa rojak telah
menjadi satu kebiasaan. Penggunaan bahasa rojak ini sering digunakan oleh
generasi Y dan Z terutamanya dalam media sosial. Hal ini memberi kesan terhadap
penggunaan bahasa kebangsaan Malaysia iaitu bahasa Melayu. Antara punca yang
menyebabkan penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa adalah kerana;
- · Artis menggunakan bahasa rojak dalam media sosial yang menyebabkan remaja terpengaruh dan mengikut cara penggunaan bahasa tersebut.·
- Tidak mempunyai keyakinan semasa menuturkan bahasa Melayu serta merasakan penggunaan bahasa Inggeris adalah satu trend terkini.
- ·
Kurang semangat patriotisme dalam diri sehingga menyebabkan
masyarakat mengagungkan bahasa lain selain bahasa Melayu.
- ·
Tidak mempraktikkan bahasa Melayu baku dalam kehidupan dan hanya
digunakan ketika peperiksaaan.
- ·
Cara didikan ibu bapa yang sering menggunakan bahasa rojak
dalam kehidupan seharian sama ada secara lisan atau bertulis.
- ·
Tidak merasa bersalah menggunakan bahasa rojak kerana semua
orang mengikuti trend yang sama.
- ·
Pengaruh rakan sebaya yang menggunakan bahasa rojak ketika
disekolah dan juga laman sosial.
2. Cara Penyelesaian Penggunaan Bahasa Rojak dalam Media Sosial
Semua
pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk membendung isu bahasa
rojak yang semakin berleluasa pada masa kini terutamanya dalam media sosial.
Hal ini bertujuan untuk mengelakkan masyarakat Malaysia mencampuradukkan bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta menggunakan bahasa Kebangsaan dengan
cara yang salah. Semua pihak sewajarnya memberikan penekanan yang lebih serius
dalam menangani masalah ini. Antara cara penyelesaian bagi isu bahasa rojak ini
adalah seperti berikut;
- ·
Golongan influencer harus mengelakkan penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan di media sosial yang
sering menjadi ikutan netizen pada masa kini.
- ·
Pihak sekolah perlu mengadakan kempen kesedaran yang dapat meyakinkan
pelajar untuk menggunakan bahasa Melayu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda yang perlu dikekalkan.
- ·
Kerajaan haruslah memupuk semangat patriotisme dalam diri
masyarakat Malaysia dengan mengadakan program yang dapat memartabatkan bahasa
ibunda.
- ·
Masyarakat perlulah mempraktikkan bahasa Melayu baku dalam
kehidupan seharian agar bahasa ibunda ini tidak hilang ditelan zaman.
- ·
Ibu bapa juga harus menerapkan budaya penggunaan bahasa
Melayu yang betul kepada anak-anak.
- ·
Masyarakat sendiri harus mengubah diri dengan menggunakan
Melayu dengan betul dan teratur.
- · Pengguna media sosial juga perlulah menggunakan bahasa Melayu dengan betul supaya tidak dicemari dengan penggunaan bahasa rojak.
3. Kesan Penggunaan
Bahasa Rojak dalam Media Sosial
Gejala bahasa
rojak sememangnya meninggalkan impak negatif yang semakin ketara. Antara impak
penggunaan bahasa rojak ialah melahirkan genarasi muda yang tidak menguasai
bahasa Melayu dengan betul sepenuhnya. Fenomena ini akan memperlihatkan situasi
masyarakat yang tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan
seolah-olah kelihatan tidak serius. Impaknya, gejala ini secara tidak langsung
akan menghakis ketulenan bahasa Melayu secara perlahan-lahan dalam kalangan
masyarakat. Antara kesan-kesan penggunaan bahasa rojak adalah seperti;
- · Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa
yang gagal berkomunikasi dengan baik.
- · Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus
menimbulkan salah faham antara satu sama lain.
- · Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta
terhakis, hal ini akan memberi kesan buruk kepada bahasa ilmu, bahasa
pentadbiran, bahasa undang-undang, dan budaya.
- · Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan
kesan negatif dalam jangka masa panjang.
- · Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu
adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan keindahan bangsa
kita.
- · Menurunkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan
bahasa perantaraan rakyat Malaysia.
- · Merosakkan generasi muda yang sebahagian besar mereka menggunakan bahasa ciptaan sendiri yang lintang-pukang ketika berkomunikasi melalui media sosial.
- Pengguna media sosial dilihat menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan, berbanding penggunaan bahasa dan tatabahasa yang betul.
- Budaya untuk terus memartabatkan Bahasa Malaysia tidak dipraktikkan sepenuhnya.
- Pengaruh media luar dalam membentuk perspektif Bahasa Malaysia dalam kalangan golongan muda juga bagai menuangkan minyak tanah ke dalam api.
- Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa berkelas rendah dalam kelas sosial masyarakat dan ini menyebabkan mereka lebih berminat untuk berkomunikasi dalam bahasa lain selain Bahasa Malaysia.
5. Antara contoh penggunaan bahasa rojak di dalam pelbagai situasi yang pernah ditemui ialah:
๐Penggunaan Bahasa rojak di internet terutamanya sosial media iaitu Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.
Contoh penggunaan Bahasa rojak yang terdapat di dalam Twitter
๐ Penggunaan bahasa rojak dalam short message service (sms). Contoh ayat :
I.
Meeting projek akhir malam ni akan di postpone petang esok ek. Make sure semua ahli kumpulan punctual ye.
II.
Salam, kls pagi ni cancel ye, sy ade emergency. Kita ganti next
week ye.
Contoh Penggunaan Bahasa rojak di dalam aplikasi WhatApps.
๐Penggunaan bahasa rojak Bahasa melayu campur Bahasa inggeris. Contoh ayat:
I.
Movie tu serious best gila weh.
II.
Sorry weh
lambat sampai. Aku terlajak tidur tadi.
๐ Penggunaan Bahasa rojak melayu campur Bahasa india. Contoh ayat:
Macha, you kenapa mari lambat harini?
๐ Penggunaan Bahasa rojak melayu campur cina. Contoh ayat:
Tauke, kasi tapau
makanan sama minuman saya ni.
Lampiran
- https://tinta6siswi.blogspot.com/2017/01/kesan-kesan-penggunaan-bahasa-rojak.html
- https://amirulazwanbahasarojak.blogspot.com/2017/02/langkah-langkah-mengatasi-isu-bahasa.html
- http://keligit97lense.blogspot.com/2013/04/cara-mengatasi-penggunaan-bahasa-rojak.html?m=1
- https://www.hmetro.com.my/node/91885
- http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2019-15-06-15.pdf
- https://www.ukm.my/news/Latest_News/cabaran-memartabatkan-bahasa-kebangsaan/
Comments
Post a Comment